Mod 2 - Unit 2 - Lesson 9 Penganalan TLDM Flashcards
(19 cards)
Pengenalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Introduction to the Royal Malaysian Navy (RMN)
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditubuhkan pada 27 Apr 1934.
The Royal Malaysian Navy (RMN) was established on 27 April 1934.
Berkekuatan 18,000 anggota, TLDM merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.
With a strength of 18,000 personnel, the RMN is one of the branches of the Malaysian Armed Forces and the main agency responsible for maritime surveillance and defence operations of the country.
Penugasan TLDM meliputi 603,210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329,860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan zon ekonomi eksklusif milik negara.
The RMN’s tasking covers 603,210 square kilometers, (almost twice the size of Malaysia’s land area, 329,860 km²), encompassing coastal areas and the country’s exclusive economic zone.
TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut utama seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan.
The RMN also bears the responsibility to guard main sea lines of communication such as the Strait of Malacca and the South China Sea.
TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di Kepulauan Spratly.
The RMN also oversees national interests in areas with overlapping claims such as the Spratly Islands.
Misi TLDM ialah Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara.
The RMN’s mission is to Protect the Sovereignty and Maritime Interests of the Nation.
Misi ini bermaksud tugas khusus yang telah dipertanggungjawabkan kepada TLDM dalam menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk memastikan keselamatan perairan negara semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang.
This mission means the specific task assigned to the RMN in preparing and organizing naval movements to ensure the safety of the country’s waters in peace time and to secure victory during war.
Visi TLDM pula ialah, Menjadi Sebuah Angkatan Laut Yang Kredibel dan Versatil Menjelang 2030.
The RMN’s vision is to Become a Credible and Versatile Navy by 2030.
Visi ini bermaksud TLDM berhasrat untuk menjadi sebagai sebuah angkatan laut yang sentiasa bersedia dalam aspek operasi, sumber manusia yang berkeupayaan dan pengurusan proses kerja yang cemerlang.
This vision means the RMN aspires to become a navy that is always ready in operations, capable in human resources, and excellent in work process management.
TLDM beroperasi di dua kawasan pemerintahan iaitu Pemerintahan Armada Barat di Semenanjung Malaysia dan Pemerintahan Armada Timur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
The RMN operates in two command areas: Western Fleet Command in Peninsular Malaysia and Eastern Fleet Command in Sabah, Sarawak, and the Federal Territory of Labuan.
Pemerintahan Armada Barat terdiri daripada Markas Armada Barat, Markas Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 3, Markas Logistik Barat, Markas Kapal Selam dan Markas Pangkalan Lumut.
The Western Fleet Command consists of the Western Fleet Headquarters, Naval Territory 1 Headquarters, Naval Territory 3 Headquarters, Western Logistics Headquarters, Submarine Headquarters, and Lumut Base Headquarters.
Manakala Pemerintahan Armada Timur terdiri daripada Markas Armada Timur, Markas Wilayah Laut 2, Markas Logistik Timur dan Markas Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Meanwhile, the Eastern Fleet Command consists of the Eastern Fleet Headquarters, Naval Territory 2 Headquarters, Eastern Logistics Headquarters, and RMN Base Headquarters Kota Kinabalu.
Flotila TLDM dilengkapi dengan aset moden dan terkini.
The RMN flotilla is equipped with modern and latest assets.
Antara aset TLDM terdiri daripada kapal selam, frigat, korvet, kapal peronda generasi baru, kapal serang laju, bot tempur laju, kapal penyapu ranjau, kapal sokongan, kapal latihan, kapal hidrografi, kapal penyelamat kapal selam, kapal tunda, kapal auxilari dan aset udara.
Among the RMN assets are submarines, frigates, corvettes, new generation patrol vessels, fast attack craft, fast combat boats, minesweepers, support ships, training ships, hydrographic ships, submarine rescue ships, tugboats, auxiliary ships, and air assets.
Aset yang terkini dalam inventori TLDM ialah Frigat Maharaja Lela (LCS) dan juga Kapal Misi Persisir Keris (LMS).
The latest assets in the RMN inventory are the Maharaja Lela Frigate (LCS) and also the Keris Littoral Mission Ship (LMS).
TLDM mempunyai operasi lautnya tersendiri dan sentiasa aktif terlibat dalam pelbagai eksesais serta latihan bersama dengan TDM dan TUDM.
The RMN has its own maritime operations and is always actively involved in various exercises and joint training with the Malaysian Army (TDM) and Royal Malaysian Air Force (TUDM).
TLDM juga turut serta dengan latihan bilateral dengan negara luar seperti Australia.
The RMN also participates in bilateral training with foreign countries such as Australia.
TLDM juga terlibat dalam penugasan operasi mencari dan menyelamat.
The RMN is also involved in search and rescue operation taskings.