Mod 2 - Unit 2 - Lesson 16 Text 6 Peranan TDM Flashcards
(22 cards)
Peranan TDM
Role of the Malaysian Army (TDM)
Misi utama ATM adalah untuk mewujudkan dan merealisasikan angkatan tentera yang sentiasa siaga untuk melindungi kedaulatan dan integriti negara.
The primary mission of the MAF is to establish and realise a military force that is always ready to protect the sovereignty and integrity of the nation.
Ini dapat dicapai melalui empat teras iaitu Kesiagaan, Keupayaan Berperang, Anggota Tentera Berkualiti, dan Piagam Pelanggan.
This can be achieved through four core principles: Preparedness, Warfare Capability, Quality Military Personnel, and Client Charter.
Piagam Pelanggan merangkumi melibatkan diri dalam usaha meningkatkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan negara-negara serantau melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti bilateral dan multilateral dan mendukung usaha keamanan dan operasi bantuan kemanusiaan di arena antarabangsa.
The Client Charter includes participating in efforts to enhance peace and security among regional countries through bilateral and multilateral activities, and supporting peace efforts and humanitarian aid operations in the international arena.
Sungguhpun penekanan ditumpukan kepada peperangan konvensional, TDM akan terus mengekalkan keupayaan perang melawan insurgensi atau perang gerila yang menjadi kebanggaan negara ketika berjaya menundukkan ancaman komunis.
Although the focus is on conventional warfare, the TDM will continue to maintain its capability to fight insurgencies or guerrilla warfare, which is a source of national pride for successfully defeating the communist threat.
Kemahiran peperangan dalam hutan akan terus kekal sebagai lambang khas Tentera Darat.
Jungle warfare skills will continue to be a distinctive trademark of the Army.
Sejajar dengan teras ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM) senantiasa melalui proses pemodenan dan peningkatan dalam peperangan, terutamanya dalam mempertingkatkan keupayaan peperangan konvensional pada masanya.
In line with the core principles of the MAF, the Malaysian Army (TDM) is continually undergoing modernisation and enhancement in warfare, especially in strengthening conventional warfare capabilities.
TDM dipermodenkan dengan senjata-senjata dan peralatan baru berteknologi tinggi, penyusunan semula organisasi serta mempunyai doktrin dan latihan baharu.
The TDM is modernised with new high-tech weapons and equipment, organisational restructuring, as well as new doctrines and training.
Untuk mencapai harapan ini, konsep latihan Tentera Darat akan berasaskan pada nisbah 60 peratus peperangan konvensional dan 40 peratus peperangan tidak konvensional.
To achieve this aim, the Army’s training concept will be based on a ratio of 60 percent conventional warfare and 40 percent non-conventional warfare.
Peranan TDM terdiri daripada yang berikut:
The roles of the TDM are as follows:
a. Peranan Utama
a. Primary Role
Menjaga keselamatan di sempadan negara daripada pencerobohan.
Safeguard the security of national borders from intrusion.
Menangkis semua serangan musuh dalam masa perang dan darurat negara.
Repel all enemy attacks during times of war and national emergency.
Menghadapi apa jua bentuk insurgensi, sama ada dibantu oleh anasir dalam atau luar negara.
Face any form of insurgency, whether assisted by domestic or foreign elements.
b. Peranan Sekunder
b. Secondary Role
Membantu polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan anti-keganasan.
Assist the police and civil authorities in maintaining public order and counter-terrorism efforts.
Membantu pihak berkuasa awam dalam kerja-kerja menyelamat mangsa bencana alam.
Assist civil authorities in rescue operations for natural disaster victims.
Membantu pihak berkuasa awam dalam pembangunan negara.
Assist civil authorities in national development efforts.
c. Peranan Sokongan
c. Support Role
Melaksanakan operasi pengaman di bawah PBB.
Conduct peacekeeping operations under the United Nations.
Dalam suasana negara sedang berdepan dengan cabaran COVID-19, TDM turut memainkan peranan proaktif dan berkesan untuk membantu kepimpinan negara mengurus cabaran pandemik ini.
In the current situation where the country is facing the challenge of COVID-19, the TDM also plays a proactive and effective role in helping national leadership manage this pandemic challenge.
Terdapat jumlah anggota TDM yang besar dalam barisan hadapan membantu polis memantau dan memastikan orang awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melalui Ops Penawar dan juga Ops Benteng yang telah dimulakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu.
A large number of TDM personnel are at the frontlines assisting the police in monitoring and ensuring public compliance with the Movement Control Order (MCO) until now, during the Recovery Movement Control Order (RMCO) phase, through Ops Penawar and Ops Benteng, which began on 18 March 2020.