Mod 2 - Unit 2 - Lesson 17 Text 7 Kor Infantri Flashcards
(25 cards)
Peranan utama Kor Infantri – Mencari dan menghapus musuh
Main Role of the Infantry Corps – Seek and Eliminate the Enemy
Peranan infantri ialah mencari dan mendekati musuh untuk membunuh dan menawannya, merampas dan menduduki kawasan serta menangkis serangan pada waktu siang dan malam tanpa mengira cuaca dan keadaan tanah.
The role of the infantry is to seek out and approach the enemy to kill and capture them, seize and occupy areas, and repel attacks during the day and night, regardless of weather and terrain conditions.
Bidang tugas pasukan infantri yang dipanggil batalion adalah seperti berikut:
The duties of the infantry units, known as battalions, are as follows:
Batalion Infantri Standard berlatih untuk berperang semasa aman dan melaksanakan peranan infantri semasa peperangan.
Standard Infantry Battalions train for war during peacetime and perform infantry roles during wartime.
Batalion Infantri Para melakukan operasi tempur infantri melalui pergerakan payung terjun sama ada pada waktu siang atau malam.
Para Infantry Battalions conduct infantry combat operations through parachute insertions either by day or night.
Batalion Infantri Mekanize menjalankan operasi bersama kenderaan tempur (berperisai). Mereka bertindak sebagai kumpulan gabungan tempur, mencari, mendekati dan memusnahkan musuh menggunakan kenderaan berperisai.
Mechanised Infantry Battalions operate alongside combat vehicles (armoured). They act as a combined combat group, seeking out, approaching, and destroying the enemy using armoured vehicles.
Batalion Infantri Istiadat mempunyai peranan yang sama seperti batalion infantri standard. Tugas utamanya adalah mengadakan kawalan kehormatan yang merupakan satu kemegahan negara serta menyediakan anggota untuk kawalan di Istana Negara.
Ceremonial Infantry Battalions have the same role as standard infantry battalions. Their main duty is to perform guard of honour duties, which is a source of national pride, and to provide personnel for duties at the National Palace.
Kor Infantri merupakan tulang belakang TDM mengikut kekananannya.
The Infantry Corps is the backbone of the Malaysian Army (TDM) in terms of seniority.
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Rejimen Sempadan (RS) ialah tunggak Kor Infantri.
The Royal Malay Regiment (RAMD), the Royal Ranger Regiment (RRD), and the Border Regiment (RS) are the pillars of the Infantry Corps.
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Royal Malay Regiment (RAMD)
Atas desakan Pembesar-Pembesar Melayu maka Kerajaan Inggeris pada 13 September 1932 bersetuju untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu.
Due to the urging of the Malay rulers, the British Government agreed on 13 September 1932 to establish the Malay Regiment.
Sehingga Disember 1941, dua batalion Rejimen Askar Melayu telah ditubuhkan dan mereka terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
By December 1941, two battalions of the Malay Regiment had been established, and they were involved in the Second World War.
Selepas peperangan tamat, pada 1 Mac 1946, bekas-bekas anggota Rejimen Askar Melayu telah dipanggil semula dalam memperkemaskan semula rejimen tersebut.
After the war ended, on 1 March 1946, former members of the Malay Regiment were recalled to reorganise the regiment.
Pada 1 Mac 1958, rejimen ini dianugerah gelaran `Diraja’ di Kem Kepala Batas, Kedah oleh Yang di-Pertuan Agong Pertama.
On 1 March 1958, the regiment was bestowed the title “Royal” at Kem Kepala Batas, Kedah, by the First Yang di-Pertuan Agong.
Rejimen ini dikenali sebagai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
This regiment is known as the Royal Malay Regiment (RAMD).
Pada 8 Mac 1960, sebuah Tugu Peringatan dibina bagi memperingati jasa mereka yang telah gugur semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat di Port Dickson.
On 8 March 1960, a Memorial was built in Port Dickson to commemorate their sacrifices during the Second World War and the Emergency.
Pada 23 Mac 1963, RAMD dikurniakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong sebagai tanda penghormatan dan penghargaan negara terhadap perkhidmatannya secara bergilir-gilir ke Republik Congo (UNOC) dari 5 Oktober 1960 sehingga 28 April 1963.
On 23 March 1963, the RAMD was bestowed the Royal Colours by the Yang di-Pertuan Agong as a mark of honour and appreciation for its services, particularly for deployments to the Republic of Congo (UNOC) from 5 October 1960 to 28 April 1963.
RAMD terus berkembang pesat dengan kekuatan 26 Batalion pada masa ini dengan dua puluh Batalion Infanteri Standard, tiga Batalion Para iaitu 9, 17 dan 18 RAMD dan tiga Batalion Mekanis iaitu 12, 14 dan 19 RAMD.
The RAMD continues to grow rapidly with a strength of 26 battalions at present, comprising 20 Standard Infantry Battalions, three Para Battalions (9, 17, and 18 RAMD), and three Mechanised Battalions (12, 14, and 19 RAMD).
Rejimen Renjer Diraja (RRD)
Royal Ranger Regiment (RRD)
RRD merupakan rejimen yang kedua besarnya dalam TDM.
The RRD is the second largest regiment in the Malaysian Army.
Rejimen dianggotai pelbagai kaum dan agama menjadikannya rejimen yang unik.
The regiment is made up of various ethnicities and religions, making it a unique regiment.
Selain keturunan Melayu, Cina dan India, RRD juga dianggotai oleh anggota yang terdiri daripada rakyat pribumi dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli (Orang Asal) menjadikannya kaya dengan sejarah dan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.
In addition to Malays, Chinese, and Indians, the RRD also includes members from the indigenous people of Sabah and Sarawak as well as the Orang Asli, making it rich in history and diverse cultures not found in other regiments.
Rejimen ini juga terkenal dengan kecekapan mengesan dan menjejak musuh dan sikap keberanian anggota-anggotanya.
This regiment is also known for its skill in detecting and tracking enemies and the bravery of its members.
Di dalam ATM, RRD merupakan salah satu rejimen yang tertua dan mempunyai pertalian sejarah yang begitu harum sejak tahun 1862.
Within the Malaysian Armed Forces, the RRD is one of the oldest regiments with a proud historical connection dating back to 1862.